Sejak petang tadi tular video di media sosial memaparkan penyanyi Hafiz Suip dikatakan terlibat dalam pergaduhan di jalan raya.
Menerusi video tular itu, Hafiz cuba mendekati seorang lelaki namun dihalang beberapa individu. Namun ketika beredar, Hafiz memukul bahagian depan kereta putih menyebabkan pemiliknya meluru ke arah penyanyi itu.
Sementara itu, seorang individu mengatakan rakan kepada Hafiz dikenali sebagai Uthman Daud tampil menjelaskan cerita sebenar memandangkan video yang tersebar tidak memaparkan situasi sepenuhnya.
“ Mungkin ada tengok video viral pergaduhan Hafiz Suip yang berlaku selepas Jumaat tadi. Oleh kerana video yang tersebar hanya sekejap, biarlah saya terangkan kronologi.
“Selepas solat Jumaat, kami dalam perjalanan untuk membeli hamper untuk ziarah rumah keluarga peminat Hafiz Suip yang sudah meninggal dunia kerana semalam adalah ke 100 pemergiannya.
“Ketika dalam perjalanan, ada sebuah kenderaan yang mencucuk dari belakang. Maka provokasi pun berlaku dari kedua belah pihak. Kemuncaknya adalah apabila pemandu tersebut mula blok dan berhentikan kereta kami, kedua-dua tengah dalam kemuncak marah dan keluar dari kereta.
“Tiba-tiba pemandu tersebut spraykan muka Hafiz dengan pepper spray. Saya cuba leraikan keadaan, tetapi pemandu tersebut masih meluru ke arah Hafiz, dalam keadaan saya cuba leraikan keadaan.
“Mula saya juga disiku dan dispray dengan pepper spray sehingga saya sesak nafas, jadi saya sendiri pun melepaskan tumbukan selepas melihat dia terlalu agresif.
“Selepas itu kami ke balai polis membuat report dan sekarang masih di hospital untuk menerima rawatan kerana kulit masih pedih hingga kini,” katanya.