Penyanyi, Naim Daniel masih lagi mengulas mengenai isu tular sejak semalam iaitu golongan anti vaksin mahu menggunakan sijil digital milik golongan vaksinasi.
Naim menerusi Instagramnya mendedahkan golongan anti vaksin ini sering berselindung di sebalik agama.
Ada yang menggunakan Tuhan sebagai solusi untuk melakukan beberapa perkara yang menyalahi agama. Antaranya adalah menipu untuk menggunakan sijil digital golongan vaksinasi di beberapa tempat awam.
“Anti vaksin sibuk dengan fitnah dajjal akhir zaman tapi tak sedar diri sendiri dah cuba buat kerja-kerja jahat, guna tiket nama ‘Allah’ untuk bolehkan semua benda”, tulisnya.
Walaupun golongan anti vaksin ini sering tampil mengingatkan tentang fitnah akhir zaman dan sebagainya, Naim mendedahkan mereka ini secara tidak langsung sudah bertindak sebagai salah satu cirinya.
“Ironi, takut Dajjal tapi hidup macam sifat Dajjal; Menipu”, akui Naim.
Tak baik tau menipu untuk kepentingan diri sendiri dan bahayakan orang sekeliling!