34.6 C
Malaysia
Friday, September 20, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Guna Microwave Pun Boleh Kukus Kek, Memang Lembut Kejadiannya! Jimat Gas, Cepat & Mudah

Selain pengukus, rupanya ada cara kukus kek yang ramai tidak tahu iaitu dengan menggunakan microwave.

Ramai orang menganggap bahawa ketuhar gelombang mikro atau microwave hanya dapat digunakan untuk memanaskan makanan.

Sebenarnya, sebuah microwave mempunyai banyak fungsi lain yang mungkin ramai tidak ketahui. Salah satunya adalah dapat mengukus kek.

Untuk mengetahui bagaimanakah cara-cara mengukus kek menggunakan ketuhar gelombang mikro, jom ikuti perkongsian oleh Puan Ruhana Zalina di bawah.

CARA KUKUS KEK GUNA MICROWAVE

Cara saya mengukus kek guna microwave. Tak semua microwave boleh guna kukus kek. Yang ada function steam fish sahaja boleh.

Cara dia macam saya buat. Letak adunan dalam bekas yang tranparent boleh telus cahaya macam bekas saya guna. Jangan guna bekas aluminium.

cara

Kemudian tutup dengan bekas macam saya buat tu. Tutup pintu microwave. Tekan function steam fish, tekan start. Dia akan memasak secara automatik.

Dalam beberapa minit dah masak. Dia akan berhenti sendiri. Sebiji ini dalam lebih kurang 5 minit. Ingat, Kalau tak tutup dia tak jadi steam. Kek tak akan menjadi.

Saya belajar dengan buku manual cara guna microwave, macam mana nak kukus kek. Sebab nak kukus apa-apa, kena bertutup rapat dan guna bekas yang telus cahaya. Jimat gas, cepat dan mudah.

cara

Kredit petua dan gambar: Ruhana Zalina

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.