Hantaran yang dibuat oleh pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed mengenai seorang wanita Melayu yang berkahwin sejenis dengan wanita Inggeris terus mendapat perhatian ramai.
Golongan LGBT Kecam PU Syed
Susulan itu, hantaran tersebut turut mendapat kecaman daripada sesetengah netizen yang menyokong golongan Lesbian Gay Biseksual dan Transeksual (LGBT). Antara kecaman yang diterima adalah mempertikaikan tindakan PU Syed menegur secara terbuka terhadap wanita tersebut yang juga adik kepada bekas pengacara televisyen swasta.
“Dia bukan lagi warganegara Malaysia dan bukan lagi muslim. Orang ramai patut tidak masuk campur perihal orang lain”
“Persoalannnya juga, perlu ke sampai nak buka aib orang demi menegur/menasihati seseorang itu? #NiatTakMenghalalkanCara”
“Dia bukan muslim. Dan itu adalah kehidupannya mengapa anda terlalu obses aibkan dan viralkan seseorang?Biarkan dia dengan kehidupannya. Dia sedang gembira. Kita sudah ada banyak kes di Malaysia ini yang puak-puak penunggang agama yang korang sokong itu buat kesan terhadap orang lain dan negara. Selesaikan itu” ujar mereka
PU Syed Anggap Wanita Promosi LGBT Secara Terang-Terangan
Bagaimanapun, balas PU Syed dia berbuat demikian adalah kerana wanita tersebut melakukan perkara tersebut (hubungan LGBT) secara jelas dengan membuat perkongsian di media sosial.
“Kalau dia buat senyap-senyap memang tiada masalah. tapi post merata ceruk..” tegur PU Syed
Di ruangan komen, rata-rata pengikut pendakwah itu turut terkejut serta mendoakan agar wanita itu kembali ke pangkal jalan.
Terdahulu, Murai.my melaporkan PU Syed menerusi sebuah hantaran di Instagram akui terkejut apabila mendapat kiriman tangkap layar dan mesej peribadi (DM) dari seorang pengikutnya mendedahkan perkahwinan sejenis oleh seorang wanita Melayu beragama Islam.
Dalam tangkap layar tersebut, tertera sekeping foto wanita itu bersama seorang wanita Inggeris memakai gaun rona putih dipercayai telah melangsungkan majlis perkahwinan baru-baru ini di luar negara.