Lionsgate telah mengeluarkan trailer terbaru untuk filem epik Perang Dunia II, Midway. Filem ini adalah karya terbaru oleh Roland Emmerich, seorang pembuat filem yang dikenali sebagai pengarah filem blockbuster Independence Day. Dalam hal ini, Emmerich “menerjemahkan” salah satu peristiwa paling terkenal dalam sejarah perang, Pertempuran Midway.
Trailer ini dibuka dengan peristiwa Pearl Harbor yang memaparkan banyak letupan dan detik-detik dramatik. Kemudian melihat bagaimana kesan peristiwa itu membuka jalan untuk pertempuran bersejarah yang didokumentasikan dalam filem ini.
Filem ini berdasarkan kisah sebenar tentang pertempuran yang dikenali sebagai “Pertempuran Midway”. Pertempuran ini adalah penentu perubahan utama di rantau Pasifik dalam era perang dunia kedua.
Midway dibintangi oleh Ed Skrien sebagai Dick Best, Patrick Wilson (The Conjuring) yang memainkan peranan sebagai Admiral Edwin Layton, Luke Evans (The Alienist, Beauty and the Beast) sebagai Commander Wade McClusky, Woody Harrelson (Solo: A Star Wars Story) Commander Chester Nimitz, Mandy Moore dan Darren Criss (The Assassination of Gianni Versace: American Crime Story), dan pelakon lain seperti Aaron Eckhart (The Dark Knight), Nick Jonas (Jumanji: Welcome To The Jungle), Dennis Quaid (Emmerich’s The Day After Tomorrow), Keean Johnson (Alita: Battle Angel) dan Tadanobu Asano (Thor, 47 Ronin).
Midway akan dirilis pada 7 November mendatang.
Bagaimana, adakah anda tertarik untuk menonton? Khas Untuk Peminat murai.my, pada hari Rabu , 6 November 2019, jam 8.45 malam bertempat di TGV One Utama, kami ingin mencari pembaca bertuah untuk menonton lebih awal filem ini dengan memenangi sepasang tiket tayangan eksklusif!
Caranya anda hanya perlu ikuti langkah dan jawab soalan berikut untuk melayakkan diri anda dipilih sebagai pemenang.
Ikuti langkah-langkah ini untuk memenangi tiket!
- ‘Like’ Facebook murai.my, atau dulu dikenali sebagai Hangat.com, ikuti kami di Instagram @muraimalaysia dan Twitter @MuraiMalaysia.
- Kongsi Poster filem “Midway” di media sosial anda, dan lengkapkan soalan juga slogan ini:
Saya nak menang peraduan Tayangan EKSKLUSIF filem Midway bersama Murai.my yang dulu dikenali sebagai Hangat.com. Rasa tak sabar nak menonton filem ‘Midway’ kerana ada pelakon hebat seperti ( ….. ).
- Sertakan hashtags #HangatMalaysia #MuraiMY #MidwayMy #TGVPictures, bersama jawapan dan pastikan post anda tidak ‘private’ dan ditetapkan kepada ‘public’.
- Kemudian hantar pesanan atau mesej (DM) kepada kami dengan menghantar ‘link’ posting tersebut. Jika tiada Facebook, boleh hantar menggunakan Twitter dan Instagram untuk pengesahan.
- Pemenang akan dihubungi pihak murai.my melalui Facebook anda.
- Pemenang dikehendaki datang menuntut tiket filem tayangan pratonton filem di TGV One Utama pada 6 November bermula jam 8.00 malam hingga 8.45 malam.
- Sebarang kelewatan tuntutan tiket selepas jam 8.45 malam TIDAK AKAN DILAYAN
- Sebarang ketidakhadiran perlu dimaklumkan secepat mungkin.