Kepada pencinta filem genre seram, pasti anda akan teruja dengan keluarnya sebuah filem berjudul DreadOut. Berbeza dari filem seram yang lain, Dreadout dinspirasi dari sebuah permainan yang berasal dari buatan anak muda di Indonesia. Filem ini akan ditayangkan di Malaysia pada, 18 April 2019.
Pelakon utama, Linda dilakonkan oleh Caitlin Halderman. Selebriti terkenal yang lain seperti Ciccio Manassero, Marsha Aruan, Susan Sameh, Jefri Nichol, dan Irsyadillah juga berlakon dalam filem ini.Game itu sendiri dikeluarkan pada tahun 2014.
Menariknya, game ini berjaya menembus kancah dunia. Terbukti, review game ini di portal game Stream sangat positif. Dari 2,488 pengguna, 76 % mengatakan bahawa game ini sangat menarik.
Filem DreadOut adalah game third-person yang bercerita tentang seorang gadis SMA (Sekolah Menengah Atas) yang terjebak di sebuah kota tua. Hanya berbekalkan sebuah smartphone, Linda berusaha untuk keluar dari mimpi buruk ini.
Untuk menyelamatkan diri, anda harus memecahkan berbagai misteri dan puzzle menyeramkan. Hati-hati, berbagai hantu yang popular Indonesia seperti pocong dan genderuwo siap menyergah anda ketika anda terleka.
Dreadout menyajikan nafas baru di dunia game Tanah Air.
Nak tahu seperti apa fakta tentang filem inii? Ikuti 4 fakta yang kami rankumkan.
Versi games pernah di review Youtuber hits Pewdiepie
Game DreadOut sempat hangat pada awal pelancarannya setelah direview oleh YouTuber ternama Pewdiepie.
Dalam reviewnya, lelaki berasal dari Sweeden itu terlihat sangat ketakutan dan berteka-teki ketika bermain dalam DreadOut.
Memiliki interquel dan spin off yang unik
Larisnya game Dreadout membuat pembinanya, Digital happiness untuk membuat siri lanjutan. Pada tahun 2016, siri interquel berjudul Keepers of the Dark ini bercerita tentang momen sebelum pertarungan melawan bos akhir.
Tak hanya itu, ada juga game berkonsepkan Virtual Reality dengan nama Dread Eye yang dikeluarkan pada bulan November 2017.
Gameplay yang unik terinspirasi dari hantu Indonesia
Hantu popular di Indonesia seperti pocong, genderuwo, sundel bolong ada di game ini. Menariknya, pemain harus mengetahui kelemahan masing-masing hantu untuk mengalahkannya.
Misalnya, untuk mengalahkan sundel bolong, kamu harus tahu menyasarkan pada lubang yang ada di punggungnya.
Perlukan waktu 4 Tahun untuk mengembangkan naskah
Dalam filem ini, untuk proses pembuatan skenarionya saja mereka memerlukan waktu empat tahun. Goodhouse ID, selaku rumah produksi yang diberi kepercayaan membuat Dreadout, sering melakukan brainstorming naskah dengan Digital Happines, pemilik game tersebut.
Diakui Wida, produser Goodhouse ID, dirinya bersama Kimo dan partner produser lainnya, Edwin Nazir, terus menerus mencari formula yang sesuai untuk Dreadout agar boleh menyajikan filem yang berbeza dan berkualiti dari kebanyakan filem yang ada pada masa ini.
20 Pasang Tiket Untuk Dimenangi
Bagaimana, adakah anda tertarik untuk menonton? Khas Untuk Peminat murai.my, pada 16 April 2019, Jam 9 malam bertempat di TGV 1 Utama, kami ingin memberi 20 pembaca bertuah sepasang tiket tayangan perdana filem ini secara percuma!Caranya anda hanya perlu lengkapkan butiran dan soalan berikut untuk melayakkan diri anda dipilih sebagai pemenang.
Syarat Penyertan
- Like Facebook murai.my, follow Instagram @hangatmalaysia dan twitter @hangatmalaysiaSelepas menonton, kongsikan ulasan anda mengenai filem ini di sosial media dan tag murai.my beserta #HangatMalaysia #DreadOutMY
- Anda dikehendaki mengisi butir-butir diri anda dan menjawab soalan bersama slogan kreatifPeraduan ini hanya sah dari sekarang hingga 13 April 2019
- Seorang hanya boleh menghantar satu penyertaan.Keputusan hakim adalah muktamad.
- Pemenang akan dihubungi pihak murai.my melalui pesanan mesej di nombor telefon anda.
- Pemenang dikehendaki datang menuntut tiket filem tayangan pratonton filem di TGV One Utama pada 16 April bermula jam 8.20 malam hingga 8.50 malam.
- Sebarang kelewatan tuntutan tiket selepas jam 9 malam TIDAK AKAN DILAYAN
- Sebarang ketidakhadiran perlu dimaklumkan secepat mungkin.