Pengacara dan pelakon sensasi, Azwan Haji Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA tampil bersuara selepas tular dakwaan mengenai sebuah majlis perkahwinan selebriti terkenal telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Perli Pasangan Selebriti?
“GELUPUH KAWIN YET EVENT TAK IKUT SOP?”-Soal Diva AA
Dalam ciapan itu, Diva AA turut berseloroh memerli pengarah terkenal, Michael Ang untuk terus membuat teguran secara terbuka.
“SO? NANTI @MICHAEL ANG BOLEH TAK KO MENYALAK KUAT LAGI?”- seloroh Diva AA
Bakal Disiasat Polis
Terdahulu, menurut Utusan Malaysia, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah membuka kertas siasatan berhubung penularan video majlis pasangan selebriti terkenal yang diadakan di sebuah villa di Genting Highlands.
“Kita menerima laporan pada pukul 10 malam tadi. Polis akan bertindak mengesan dan mengenal pasti kesemua individu yang hadir dalam majlis perkahwinan selebriti tersebut”-Kata Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Zaiham Mohd. Kahar pada Utusan