Biarpun sudah seminggu Allahyarham Abam Bocey meninggal dunia, namun hampir setiap hari ada sahaja kisah yang dikongsikan mengenai kebaikan Allahyarham sepanjang hayatnya.
Ali Puteh Mengamuk
Namun begitu, sejak malam tadi terdapat kontroversi melibatkan adiknya, Ali Puteh yang dikatakan telah mengamuk dek kononnya berpunca daripada sesi temubual usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri bersama balu Abam, Noor Hidayah.
Dalam temu bual tersebut yang disiarkan secara langsung menerusi laman Instagram dan Facebook milik usahawan itu, Aliff telah menziarahi keluarga Allahyarham serta berkesempatan untuk bertanyakan beberapa soalan peribadi termasuk mengenai harta peninggalan arwah yang mana telah mengundang kemarahan Ali.
Gelar Kakak Ipar Sebagai Binatang
Sejurus selepas itu, keadaan menjadi semakin tegang apabila Ali memuatnaik beberapa posting meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Aliff Syukri. Sebelum itu, Ali telah memuatnaik posting yang menggelarkan kakak iparnya itu sebagai ‘binatang’ namun tidak lama kemudian posting tersebut telah dipadam setelah mendapat nasihat daripada orang ramai termasuk sahabat karib Abam, Achey.
Dek kerana posting-posting tersebut orang ramai mengutuk tindakan Aliff dan Ali. Jika Aliff kerana seolah-olah terdesak untuk mendapatkan tontonan tinggi dari laman YouTube, Ali pula kerana kenyataannya yang menggelarkan Noor Hidayah seperti sedemikian.
Cabar Aliff Untuk Bersemuka
Menurut Ali, dia mencabar Aliff untuk bersemuka dengan dia sekeluarga kerana tindakannya telah mengguris hati mereka sekeluarga serta boleh menimbulkan fitnah. Tegas pelawak itu lagi, dia turut ingin ‘mencari’ Aliff sekiranya usahawan itu tidak bersemuka dengannya.
Dalam perkembangan lain, Aliff menjelaskan tindakannya menziarahi keluarga Allahyarham hanya untuk memberi bantuan kewangan dan peralatan rumah.
“Saya tak faham…. Saya hanya beri bantuan duit dan peralatan rumah dr @as.legacymalaysia sebab saya lihat dia memerlukan. Saya bertanya khabar dan saya disambut baik dari mereka,”
Dedah Aliff, kesemua soalan yang dikemukakan turut mendapat persetujuan daripada ahli keluarga Hidayah. Mengenai kenyataan Ali sebelum ini, pelantun Bobo Di Mana itu bersedia untuk bersemuka dengannya bagi menyelesaikan masalah.
https://www.instagram.com/p/B8v7ePDJD6j/
Menerusi carian Murai.my Instagram kedua-dua figura ini terus dibanjiri dengan pelbagai komen daripada netizen yang menyatakan pandangan mereka tersendiri mengenai isu tersebut.