Di sebalik kemeriahan Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 32 (ABPBH32) yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) semalam, di media sosial muncul pula beberapa isu yang hangat diperkatakan sehingga ianya turut tular.
Lawak AC Mizal DikecamĀ
Antaranya adalah mengenai pengacara ABPBH33 iaitu Datuk AC Mizal dan Elly Mazlein. Biarpun keserasian gandingan kedua-dua pengacara ini dipuji namun terdapat juga kecaman yang melibatkan mereka terutamanya buat AC. Menerusi temubual secara langsung pengacara-pengacara itu bersama pelakon Mira Filzah dan Zizan Razak yang turut disiarkan di kaca televisyen, AC dilihat cuba ābergurau kasarā mengenai Elly atau lebih dikenali peminat sebagai Kak Lina yang dianggapnya sebagai āused carā sambil berseloroh.
Merendahkan Martabat Wanita?Ā
Segalanya bermula apabila Elly cuba bertanyakan pada Mira adakah pelakon itu hadiri ke malam ABPBH bersama Zizan. Namun setelah disangkal oleh pelawak itu, AC cuba berseloroh mengenai Elly sehingga ianya telah menimbulkan spekulasi dikalangan netizen.
Hal itu menyebabkan kebanyakan daripada mereka beranggapan bahawa lawak AC seperti cuba menjatuhkan martabat wanita apatah lagi buat Elly yang berstatus sebagai ibu tunggal.
Biarpun begitu, ada yang beranggapan kedua-dua mereka sudah professional dan gurauan itu sekadar menaikkan lagi suasana āhumor pada malam itu. Apa pendapat anda? Kongsikan dengan kami!