Jumlah kes jangkitan wabak COVID-19 terus meningkat dan mencecah lebih daripada 9 ribu kes sehari untuk beberapa hari sejak minggu lalu.
Aeril Zafrel Tegur Netizen
Susulan itu, netizen meluahkan rasa geram dan turut mengecam beberapa ahli politik berikutan menyalahkan mereka sebagai punca kes terus meningkat kerana membuka beberapa sektor yang berisiko untuk terus beroperasi biarpun negara kini berada dalam pelaksanaan Perintah Pergerakan Kawalan Diperketatkan(PKPD), Fasa 1 dan 2.
Turut menjadi mangsa kecaman tersebut adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dilabelkan dengan bahasa kesat oleh seorang pengguna di laman Twitter. Kecewa dengan bahasa yang digunakan , pelakon popular Aeril Zafrel tampil menegur mengenai adab netizen tersebut.
“Tahu marah. Semua orang tengah marah sekarang ni. Tapi jaga sikit adab kita dengan ulamak atau orang yang lebih berusia..” komen Aeril
Ada Yang Tidak Setuju
Menjengah ke ruangan ciapan balas, pelbagai pandangan telah diberikan oleh netizen. Ada yang menyokong pandangan Aeril dan tidak kurang juga yang membalas sebaliknya kerana beranggapan pihak menteri seperti tidak menjalankan mandat sebaliknya.
Sebagai info, pada Ahad (11 Julai 2021), negara mencatatkan sebanyak 9105 kes dengan 91 kematian dilaporkan.