Ramai yang bersimpati dengan nasib penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang dikecam oleh segelintir netizen di laman Twitter. Isu tersebut telah didedahkan sendiri oleh Sarah menerusi laman Instagramnya semalam.
Siti Sarah Sedih
Menurut Sarah, dia terkejut dan sedih dengan kecaman daripada netizen apatah lagi dia baru sahaja mewujudkan laman Twitter rasminya.Dalam kecaman itu, netizen-netizen tersebut telah memerli Sarah sebagai ‘isteri kepada fenomena Ysuku’ yang merujuk kepada hobi suaminya, Shuib Sepahtu. Biarpun diperli sedemikian, Sarah tetap mendoakan yang terbaik buat mereka.
Shuib Mohon Jangan Libatkan Isteri
Dalam pada itu, Shuib turut memuatnaik satu lagi posting susulan isu tersebut di laman Instagram. Jelas pelakon dan pelawak itu, dia mengharapkan agar isu tersebut tidak melibatkan isterinya apatah lagi Sarah mengalami anxiety sebelum ini.
Sebagai rekod, Shuib merupakan antara selebriti yang mencetuskan fenomena Y-Suku namun dek kerana isu-isu yang ditimbulkan oleh pihak lain, Shuib telah dipersalahkan dan dituduh sebagai antara punca mengapa isu sedemikian terjadi. Rata-rata pengikut mereka mengharapkan agar Shuib dan Sarah terus tabah menghadapi kecaman tersebut dan mendoakan agar mereka terus sukses pada masa akan datang.