Dalam diam, penyanyi Yonnyboii telah selamat bernikah dengan suri hati pilihannya, Nik Nazira Narriman, 22 yang juga pensohor media sosial.
Kongsi Foto Pernikahan
Khabar berita itu dikongsikan oleh Yonny atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin,23 menerusi perkongsian foto pernikahan bersama kapysen romantis buat Nazira.
“Bismillahirrahmanirrahim, hai isteri” tulis Yonny ringkas
Dibuat Secara Tertutup
Difahamkan, majlis pernikahan mereka berlangsung pada Sabtu lalu(20 November 2021), sehari selepas pernikahan rakan seangkatannya, Haqiem Rusli. Dalam perkongsian Nazira pula, pernikahan mereka itu berlangsung secara tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat. Jelasnya, majlis persandingan akan diadakan pada tahun hadapan.
“Bismillah, saya telah berkahwin dengan kawan baik saya. Kamiadakan majlis pernikahan yang kecil dan tertutup yang hanya dihadiri keluarga rapat. Jumpa anda semua pada majlis persandingan kami pada tahun hadapan” kongsi Nazira
Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 9 Oktober lalu dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada 22 Januari pada tahun hadapan. Namun, atas saranan keluarga serta khuatir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula, mereka melangsungkan pernikahan terlebih dahulu.