Baru sahaja selesai dengan isu gambar bogel seorang lelaki yang dikatakan mempunyai wajah iras pendakwah terkenal yang juga pelakon, PU Rizz kali ini seorang lagi selebriti menjadi mangsa tuduhan netizen di media sosial.
Gambar Bogel Iras Penyanyi Lelaki Popular Tersebar
Awal minggu lalu, menerusi pendedahan yang dibuat oleh seorang pengguna di laman Twitter, terdapat tiga keping gambar telah dimuatnaik kononnya dikatakan iras seorang penyanyi lelaki popular.
Menurut netizen tersebut, dakwaan itu dibuat kerana terdapat sekeping gambar dia tidak berbaju manakala sekeping gambar lagi hanya memperlihatkan dia berbogel sambil bergambar di hadapan sebuah cermin. Jelasnya, lelaki itu dipercayai penyanyi tersebut memandangkan telefon bimbit yang dipakainya sama seperti miliknya berdasarkan pembandingan gambar yang dibuat sebelum ini.
Perbuatan Pihak Tidak Bertanggungjawab
Biarpun ada yang mempercayai bahawa gambar tersebut adalah milik penyanyi itu, namun segelintir pengguna di laman sesawang tersebut turut tidak menolak bahawa ianya merupakan satu fitnah.
Selain beranggapan ianya adalah sebuah suntingan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab terdapat juga dakwaan mengatakan ianya merupakan gambar lama miliknya.