22.2 C
Malaysia
Saturday, November 30, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

[GAMBAR] Aishah Muat Naik Surat Tuntutan Mahkamah Terhadap DSV Di Instagram

Biarpun Gegar Vaganza 4 sudah lama berlalu, namun kemelut diantara juaranya, Aishah dan penaja utama ketika itu Dato Seri Vida (DSV) masih belum selesai sehingga kini.

Aishah Bawa Kes Ke Mahkamah 

Terdahulu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin mendedahkan bahawa hadiah sumbangan itu usahawan itu yang merupakan barangan kemas yang diberikan kepadanya adalah palsu. Perkara itu diketahui Aishah selepas merujuk hadiah yang dimenanginya itu kepada beberapa pakar barang kemas. Enggan bertolak ansur mengenai perkara itu, Aishah membawa isu tersebut ke muka pengadilan.

Tuntut 7 Perkara

Terbaru menerusi laman Instagram nya, penyanyi yang begitu dikenali dengan lagu Janji Manismu itu telah memuat naik sebuah gambar tuntutan rasmi ya pada DSV.Tunutan itu dibuat selepas penyelesaian di luar mahkamah gagal mencapai kata sepakat dan tuntutan yang difailkan oleh Aishah di MahkamahaSivil itu, terkandung 7 perkara yang harus dilaksanakan oleh DSV.

Antaran tuntutan tersebut adalah seutas rantai yang sama nilainya (RM80,000) dan ketulenan rantai tersebut hendaklah disahkan oleh pakar dan tuntutan maaf secara terbuka dibuat oleh DSV berkenaan hebohan hadiah tambahan rantai tersebut.

Peminat Puji Tindakan Aishah 

Rata-rata pengikut penyanyi itu memuji tindakan Aishah yang membawa isu tersebut ke pengadilan undang-undang kerana beranggapan ianya seharusnya dijadikan sebagai pengajar kelak buat mereka yang memandang rendah akan perkara seumpama itu.

Dalam tuntutan tersebut turut memperlihatkan tarikh 1 April untuk pihak DSV menyatakan pembelaan mereka. Sama-sama kita doakan agar kemelut diantara kedua-dua belah pihak ini dapat diselesaikan dengan baik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.