21.6 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Gagal Capai Kata Sepakat, Bekas Stokis Teruskan Saman Nur Sajat

Menerusi edaran kepada pihak media, Peguambela & Peguamcara NHA telah mengesahkan bahawa Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat yang memiliki Nur Sajat Aesthetic Sdn. Bhd. telah memberi keterangan sebagai saksi pertama pendakwaan itu semalam di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Gagal Sampaikan Bengkung Yang Dipesan 

Sebelum ini, bekas stokis usahawan itu, OWA Resources Sdn.Bhd telah membuat tuntutan saman sivil bernilai hampir RM 200,000 terhadap Sajat dan dua defendan lain kerana gagal menyampaikan bengkung dan girdle yang dipesan antara Februari dan April 2018.

Tidak Mencapai Kata Sepakat 

Mewakili pihak plantif, Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli, berkata kes anak guamnya telah ditutup pada 5 Disember lalu manakala kes defendan akan bermula pada 16 Disember 2019. Sebelum ini kedua-dua pihak telah cuba menyelesaikan kes tersebut diluar mahkamah namun gagal mencapai kata sepakat.

“Kedua-dua pihak cuba menyelesaikan pertikaian undang-undang ini di luar mahkamah tetapi pengantaraan itu gagal mencapai kata sepakat hingga membuatkan klien kami, OWA Resources Sdn. Bhd. perlu meneruskan tindakan undang-undang terhadap usahawan itu, “kata Nurul Hafidzah Hassan, Rakan Kongsi Kanan firma yang juga mewakili selebriti Linda Rafar atas kes fitnah yang dihadapinya sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, menerusi laporan Malaysia Gazette kecuaian pekerjan nya yang dikenali sebagai Wati mengira setiap bengkung yang berada dalam kotak ketika ia dibekalkan mengakibatkan berlakunya kekurangan bekalan. Tambahnya, sebelum ini pernah berlaku kekurangan 1,000 bengkung yang diterima daripada pengilang dan ia kemudian berlaku lagi, yang mana kurang 120 helai sebelum kejadian stokis tidak menerima tempahan mereka.

Namun Sajat mendakwa pekerjanya masih tidak mahu mendengar arahannya supaya mengira semula bengkung yang diterima. Sebaliknya, mereka terus mengedarkannya kepada stokis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.