Usahawan dan ikon fesyen terkemuka Malaysia, Mohd Azwan Haji Mohd Nor atau lebih dikenali sebagai Wak Doyok meluahkan rasa teruja apabila dipilih menjadi duta kepada syarikat broker global yang dikenali sebagai OctaFX. Selain Wak , pelakon kacak, Fizo Omar turut dipilih menjadi duta syarikat tersebut.
Berbesar Hati Kongsi Mengenai Pelaburan
Menurut Wak, dia berterima kasih kepada pihak syarikat global itu yang melantiknya sebagai duta dan akui berasa berbesar hati untuk berkongsi dengan pengikutnya di media sosial berkaitan pelaburan.
“Wak excited sangat hari ni kerana dengan rasminya Wak dilantik sebagai Ambassador OctaFX. Terima kasih Octafx kerana memberi peluang dan kepercayaan pada Wak sebagai good partner dalam OctaFX.
Wak berbesar hati untuk kongsikan dengan follower Wak untuk berjaya dalam OctaFX ni.”- ujar Wak
https://www.instagram.com/p/CZtR5AhpQIx/
“Forex Bukan Haram Ke Hukumnya?”-Netizen
Walaubagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang menegur Wak mengenai hukum melakukan pelaburan tukaran mata wang asing atau forex kerana ia melibatkan harta ribawi, mata wang dan mengandungi unsur-unsur riba.
Walaubagaimanapun, sehingga kini, Wak tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung persoalan peminat yang diajukan kepadanya.