Sebelum ini, pelakon Datuk Fizz Fairuz telah memberi tempoh selama 24 jam kepada pengguna media sosial yang dikenali sebagai Makcik Puaka untuk bertemu dengannya. Tuntutan itu dibuat Fizz selepas pemilik akaun tersebut bertindak memfitnahnya di Instagram berkenaan dia telah ditangkap khalwat dengan seorang wanita di Pulau Perhentian, Terengganu.
Buat Laporan Polis
Susulan daripada itu, Fizz telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul tengah hari semalam ekoran ‘Makcik Puaka’ gagal bersemuka dengannya selepas tempoh 24 jam diberi. Terdahulu, Fizz ada menyatakan bahawa pihaknya sudah hampir 70% mengenalpasti individu tersebut yang dipercayai penggiat industri hiburan.
Serahkan Kepada Polis
Tidak pasti sama ada ianya melibatkan satu individu ataupun ramai pihak, pelakon ini menyerahkan segala-galanya kepada pihak polis untuk meneruskan siasatan. Sebagai rekod, pemilik akaun tersebut ada memuat naik satu permohonan maaf menerusi laman Instagram nya namun tidak diterima Fizz memandangkan dia mahu bertemu sendiri dengannya dan mengharapkan permohonan maaf tersebut dibuat secara bersemuka.