Isu luahan selebriti terhadap kerajaan mengenai nasib mereka selepas pengumuman bantuan kerajaan dalam dana PRIHATIN semakin hangat apabila muncul pula perbalahan dikalangan selebriti.
Zarina Anjoulie Beri TeguranĀ
Terbaru, pelakon Zarina Anjoulie tampil memberi teguran terhadap Fizo Omar, selepas Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar,35 meninggalkan komen sinis terhadap video Zarina tentang gaya hidup mewah golongan artis yang telah dimuatnaik sebuah portal hiburan.
āKesian pula aku tengok dia ni,ā tulis Fizo pada ruangan komen posting tersebut
Fizo Teruk DikecamĀ
Berang dengan komen tersebut, tidak lama kemudian Zarina turut meninggalkan komen balas yang membuatkan rata-rata netizen turut menyokong tindakan pelakon Anak Pontianak itu sekaligus membuatkan Fizo teruk dikecam.
Tegas Zarina, Fizo seharusnya sedar akan status dirinya sebelum ini yang berjaya kerana bantuan peminat dan masyarakat yang banyak membantu kariernya.
āFizo Omar, tolong sedar diri. Sebelum kau ada apa-apa, muka buruk saja. Tanpa masyarakat, rakyat yang membantu dan beri kau sokongan, kau masih mamat kampung. Ingat masa hari raya bini kau jual tudung sampai habis, masyarakat dan peminat juga yang beli.
āApabila netizen dan peminat tengah susah, macam ini kau repay them back. Really? Sama macam artis-artis lain yang kata āoh tak bersyukur ke tak kenang budi selama ini kita dah hiburkan kauā.
āLagi satu aku nak cakap, kalau tanpa peminat semua ini, korang masih merempat dekat kampung bawa motor buruk. Sedar diri masing-masing.
āIni maksud aku yang korang semua suka ambil kesempatan apabila waktu nak bisnes dan promosi barang pandai panggil peminat dan netizen suruh support,ā
Terdahulu, Zarina turut menegur sikap segelintir selebriti yang gemar menayang kemewahan namun tidak mempunyai perancangan masa depan dan kini mengharapkan bantuan khas buat golongan selebriti.