30.4 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

“Fitnah Hanya Di Hujung Jari” – Umie Aida Kesal Dengan Sikap Netizen?

Pelakon, Datin Seri Umie Aida meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir netizen yang melemparkan fitnah terhadapnya berhubung isu hadirin yang menyertai Festival Sunnah yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

Jadi Pertikaian Netizen

Menerusi Insta Stories, Umie dilihat memuatnaik tangkap layar komen beberapa netizen yang mempersoalkan kehadiran lelaki dan perempuan dalam majlis agama berkenaan.

“Majlis ni tak tertutup. Campur tapi asing. Tetap bathil suara kan aurat.”

“Bila malu diangkat. Walau diri berhijab sekalipun. Keinginan mengatasi taqwa & iman,” tulis netizen.

“Fitnah Hanya Dihujung Jari”

Dalam pada itu, Umie Aida turut menitipkan doa agar dilindungi dari sifat yang tidak baik.

“Ya Rabb..Lindungi kami semua dari sifat begini. Fitnah hanya dihujung jari.”-Tulis Umie

Umie Aida sebelum ini pernah menjelaskan bahawa tiada kehadiran lelaki sepanjang majlis agama berlangsung, sama ada dalam stadium mahupun di luar stadium. Tambahnya lagi, Umie menyatakan bahawa dirinya turut berhati-hati untuk tidak memuatnaik hantaran mengenai sahabat-sahabatnya yang berniqab.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.