20.9 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

“Fikirkanlah Apa Kesannya”-Ustazah Asma Beri Teguran Trend Beri Hadiah Kahwin Tidak Bermaruah

Tular satu video di media sosial baru-baru ini yang memaparkan rakan pengantin lelaki memberikan hadiah tidak sopan di atas pelamin mendapat reaksi dari pebagai pihak, termasuklah pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma Harun yang tampil memberikan teguran.

“Saya Yang Menonton Pun Jadi Malu”

Menurut Ustazah Asma, dia akui rasa terkejut dan malu apabila hadiah yang diberikan oleh rakan pengantin lelaki itu merupakan hadiah yang berunsur lucah.

“Amat mengejutkan apabila hadiah yang diberikan membawa unsur lucah. Allahuakbar.

Sebenarnya saya yang menonton pun jadi malu, apatah lagi bila melihat kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan tertunduk sambil tutup muka dengan pemberian mereka yang tiada sedikitpun rasa malu.”-Tegur Ustazah Asma menerusi Instagram.

Jangan Membudayakan Jenaka Lucah

Tambahnya lagi, pendakwah bebas ini turut memohon pihak terlibat agar tidak membudayakan jenaka lucah sebegitu dan memikirkan kesan terhadap orang lain.

“Saya mohon, janganlah budayakan jenaka lucah sebegini, fikirkanlah apa kesannya kepada sesiapapun yang melihat.

Budaya memberi hadiah di pelamin sekarang menjadi satu trend, namun tak seharusnya diikuti jika tujuan untuk publisiti dan maruah digadai. Berbaloikah?”-Jelas Ustazah Asma

https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1538099218442661888

Ustazah Asma Harun juga berpendapat, tidak salah jika mahu membahagiakan rakan yang menjadi raja sehari, namun apabila sehingga mencemarkan adab di hadapan orang ramai dan dipertontonkan secara terbuka di media sosial, ia menjadi perbuatan melampau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.