Hantaran yang dibuat oleh pengarah terkenal, Jinggo Azman yang juga merupakan suami kepada pelakon Sheila Rusli membuatkan ramai pengikutnya tertanya.
Fauzi Nawawi Bawa Diri Ke Sabah
Ia berikutan sebuah kenyataan yang dipercayai dikirim oleh pelakon terkenal, Fauzi Nawawi kepadanya seolah-olah merujuk dia tidak lagi mempunyai ‘ruang’ di dalam industri seni ketika ini. Malah, Fauzi turut mendedahkan dia membawa diri ke Sabah untuk mencari peluang rezeki yang lain.
“memandang ruang untuk mencari rezeki sebagai anak seni sekian lama semakin sempit, saya akan mencuba nasib di Sabah kerana saya punya tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah untuk menyara setiap mereka dibawah payung saya…” tulis Fauzi kepada Jinggo
Akan Kembali Sekiranya Diberi Peluang
Dalam pada itu, suami kepada pelakon Lisdawati ini turut meminta Jinggo dan Sheila dapat doakan rezekinya dipermudahkan dan akan kembali sekiranya diberikan peluang untuk terus berkarya.
“menjelangnya Tahun 2022, saya minta my Big Bro and Sis doakan pintu rezeki saya terbuka di ruang yang lain
“Andai Ruang sebagai anak seni untuk saya telah terbuka, I’ll come back and I’ll come back stronger
“Happy new year My Big Bro and family, Yang menerima hukuman, Pojie” tulisnya lagi
Peminat Doakan Fauzi
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata daripada pengikut Jinggo terkejut dengan pendedahan tersebut dan mendoakan rezeki Fauzi akan dipermudahkan. Malah, mereka turut memberi pelbagai cadangan kepada pelakon itu bagi mencari pendapatan di Sabah.
Untuk rekod, pada Oktober lalu nama Fauzi menjadi bualan hangat dan kecaman para netizen selepas berkongsi pengalaman melakonkan adegan rogol aktres Raja Farah di dalam sebuah filem. Perkongsian itu dibuat Fauzi menerusi sebuah program temu bual di sebuah stesen televisyen.
Susulan itu, Fauzi membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Raja Farah dan keluarga atas tindakannya itu.