22.1 C
Malaysia
Thursday, October 31, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Fatin Afeefa Bengang, Anak Dedah Tidur Bersama Adam Shahz & Wanita Lain

Pelakon Fatin Afeefa membuat pendedahan mengejutkan di Insta-Story miliknya malam tadi apabila mendakwa bekas suaminya yang juga pelakon, Adam Shahz telah tidur sebilik bersama anak perempuan mereka dan juga dua individu tidak dikenali iaitu seorang wanita dan sorang lelaki.

Anak Dedah Tidur Sebilik Bersama Bapa & 2 Individu Lain

Pendedahan tersebut dibuat oleh anak perempuannya, Ivy Herra Sophia, 5 tahun ketika mereka sedang berbual yang mana turut dikongsi di Insta Story miliknya.

“Ivy tidur dengan daddy, dengan Auntie Candy, dengan abang Danial,” dedah Ivy memberitahu Fatin

Dalam video tersebut, pelakon ini turut melarang individu tersebut dipercayai ditujukan buat Adam untuk tidak lagi mendekati anak perempuan mereka.

“Do not get close to my daughter ever again!!!!”

“I’ve been potrayed as bad this whole time but never have I ever involved my kids whenever I’m in a relationship. Let alone to bring my daughter to sleep in the same room with someone I’m not married with. This is fucked up. Leave my daughter alone,” tulis Fatin.

Malah Fatin turut berkongsi perbualannya bersama Adam yang bertanyakan mengenai perihal tersebut selain mendedahkan tidak menerima nafkah sejak 4 tahun yang lalu daripada bekas suaminya itu.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian Fatin memadam kesemua hantaran tersebut dan memohon maaf atas pendedahan yang dibuatnya.

Adam Mahu Bawa Kes Ke Mahkamah

Dalam perkembangan lain, menerusi perkongsian dari MStar Online Adam memilih untuk berdiam diri kerana mahu membawa perkara itu ke mahkamah. Tegasnya lagi, dia tidak akan melakukan perkara tidak senonoh tersebut di hadapan anaknya meskipun sedar dirinya bukanlah seorang individu yang baik.

“Saya tak nak beri kenyataan sebab nak bawa perkara itu ke mahkamah. Apa yang dikatakan pihak sana (Fatin) itu fitnah! Saya sedar, diri bukan la baik sangat tapi tidaklah sampai saya nak buat perkara tak senonoh depan anak.

“Apa-apa pun, tak ada apa yang saya boleh komen lebih lanjut dan kita biarkan mahkamah yang menentukan nanti,” katanya seperti dipetik dalam MStar Online

Sebagai info, Fatin Afeefa berkahwin dengan Adam Shahz pada tahun 2013 namun bercerai pada tahun 2017. Melalui perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Adam Aish Arrian dan Ivy Herra Sophia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.