Sejak tahun lalu, beberapa selebriti wanita yang bertudung telah mengejutkan industri dimana mereka kini tampil dengan imej baharu memperlihatkan mereka tidak lagi berhijab.
Muat Naik Gambar Imej TerkiniĀ
https://www.instagram.com/p/Bwj7FjvHk7D/
Terbaharu,pelakon Fathia Latiff sekali mencetuskan kontroversi apabila dia dilihat telah memuat naik gambarnya yang terkini di laman Instagram tanpa memakai sebarang tudung. Malah imej nya itu turut disamakan seperti seorang perempuan menyerupai lelaki (pengkid). Terdahulu, terdapat beberapa pendedahan gambar seorang wanita yang tidak bertudung seiras Fathia tersebar luas namun pelakon ini enggan memberi sebarang komen.
Padam Gambar Di InstagramĀ
Lebih mengejutkan, Fathia bukan sahaja memuat naik gambarnya tanpa bertudung malah kesemua gambarnya terdahulu termasuk mempromosikan pakaian muslimah miliknya turut dipadam. Dalam pada itu, Fathia turut memuatnaik lagi dua gambar yang seolah-olah memberi petunjuk bahawa dia kini seolah-olah mempunyai masalah dimana salah satunya tertera status āPercaturan Tuhanā.
Hanya Gimik?Ā
Rata-rata peminat membanjiri ruangan komen Instagram pelakon itu dimana mereka mengandaikan bahawa Fathia kini berada dalam keadaan tertekan selain terdapat segelintir yang cuba mengecam tindakannnya.
Komen-komen tersebut ternyata mencetuskan perbalahan sesama mereka yang kini masih berteka-teki mengenai keadaan terkini Fathia kerana terdapat sebuah video muzik turut dimuatnaik sekaligus terdapat andaian bahawa ianya gimik semata. Ā Biarpun begitu, ramai peminat termasuk rakan artis mendoakan agar Fathia terus tabah dan kembali berhijab.