Semalam industri penyiaran dikejutkan dengan khabar yang menyedihkan mengenai penyampai berita Rancangan Televisyen Malaysia (RTM), Farit Ismeth Emir,66 yang meninggal dunia tengahari semalam.
Fazley Yaakob Dibanjiri Ucapan Takziah
Bagaimanapun, keluarga penyanyi dan chef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob turut dibanjiri dengan ucapan takziah daripada orang ramai yang menyangka bahawa Allahyarham Farit merupakan bapa kandung kepada isterinya, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz.
Bapa Mentua Masih Sihat
Bagi mengelakkan kekeliruan, Fazley menerusi laman Instagram nya tampil menjelaskan salah faham tersebut. Menurut Fazley, bapa mentuanya yang sebenar adalah Abdul Aziz Nong Chik yang mana turut menjadi wali ketika mereka bernikah kira-kira 14 tahun lalu.
https://www.instagram.com/p/B_NEGSMgiGl/
Kongsinya lagi, bapa mentuanya itu masih berada dalam keadaan sihat selain turut mengucapkan takziah kepada DJ Fuzz yang merupakan anak sulung Allahyarham .
Terdahulu, Allahyarham Farit meninggal dunia pada tengahari Isnin akibat kanser paru-paru di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Medan, PJS 4, Petaling Jaya.