Pelakon Faralyna Idris berkongsi khabar menyedihkan apabila dia disahkan mengalami keguguran ketika semua umat Islam sedang sibuk membuat persiapan menjelang Ramadan.
Tiada Rezeki Timang Bayi Lelaki
Menerusi beberapa hantaran di laman Insta story dan Instagram miliknya, Faralyna yang hamil empat bulan turut mendedahkan rentetan peristiwa keguguran nya itu. Akui sedih, dia dan suami tetap bersyukur kerana diberikan rezeki menimang bayi lelaki meskipun hanya seketika.
“Kepada yang tahu bonda pregnant, terima kasih kerana sentiasa doakan untuk bonda. Sentiasa cakap yang baik-baik pada bonda. Salam Ramadhan buat semua.
“Ini detik permulaan menyambut bulan yang mulia, bulan Ramadhan tahun ni untuk keluarga kami. Paling istimewa, bersama yang teristimewa, Muhammad Farid Muhammad Fikri,” ujarnya.
Dalam perkongsiannya itu juga, kelihatan suami pelakon ini bersama keluarganya melakukan urusan kafankan dan pengebumian janin di halaman rumah mereka.
Rata-rata netizen serta rakan selebriti mengambil kesempatan membanjiri ruangan komen dengan mengucapkan takziah dan mendoakan agar Faralyna dan keluarganya kuat serta tabah menghadapi dugaan itu.
Faralyna mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Fikri Abdullah sekitar Disember 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Fira Anggun dan Fira Ayu. Salam takziah dari kami di Murai.my