30 C
Malaysia
Saturday, October 26, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Fa* Fazley Yaakob” – Dikritik Netizen Kerana Rasa Tidak Enak, Fazley Yaakob Langsung Tidak Marah!

Gara-gara tidak berpuas hati dengan rasa kek biskut batik, seorang pengamal media sosial masakan mengkritik air tangan penyanyi, pelakon dan chef terkenal Datuk Fazley Yaakob.

Rasa Kek Biskut Batik Dikritik 

Menerusi tangkap layar yang dikongsi oleh Fazley di laman Instagram nya, biarpun dikritik agak kasar, sebaliknya pelantun Asmara Ini tidak mudah melatah dan menerima komen itu sebagai teguran untuk penambahbaikan kualiti masakannya akan datang.

https://www.instagram.com/p/CPgPfJIAmci/

“Beginilah, saya yakin beliau berniat baik. Mungkin itu adalah cara beliau untuk menegur saya supaya berusaha lebih baik menghasilkan kek batik tersebut, mungkin juga ianya cara beliau untuk mempromosikan produk tempatan untuk support saya, mungkin juga ianya cara beliau untuk bergurau dengan teman-teman. Saya lebih gemar bersangka baik daripada mengambil hati.

“Saya, seperti dia, gemar memasak. Saya, seperti dia, gemar mencuba resipi-resipi baharu. Saya, seperti dia, gemar merakam video memasak. Dan saya, seperti dia gemar makanan.“Tetapi saya juga berpegang kepada prinsip saling sokong menyokong semua yang dalam industri yang sama”

“Saya bekerjasama dengan semua tak kira jenama besar atau yang tiada jenama sebab saya percaya dalam rezeki saya sebagai seorang tukang masak, ada rezeki orang lain juga, baik dari segi pembekal, pembungkus, penghantar, pembeli dan semua yang terkait dari titik A ke titik Z dalam proses penjualan makanan,” tulis Fazley

Fazley Terus Beri Sokongan

https://www.instagram.com/p/CPgPfJIAmci/

Biarpun begitu, menurut Fazley dia akui berasa segan untuk mengkritik masakan orang lain kerana berpendapat setiap orang mempunyai citarasa tersendiri. Malah meskipun dikritik sedemikian, Fazley masih akan terus menyokong pengamal media sosial tersebut yang aktif berkongsi video resipi masakan di media sosial.

“Saya sendiri agak segan untuk mengkritik hasil air tangan orang lain di media sosial. Kerana semua ada citarasa masing-masing kan? Malahan saya sendiri pun masih jauh perjalanan dan banyak yang saya sedang pelajari”

“Prinsip saya tak suka tak apa. Tak sedap tak apa. Biar orang ramai yang bagi pendapat sendiri. Asalkan saya tidak berkongsi apa-apa yang boleh melukakan hati sesama tukang masak atau baker”

“Terima kasih buat Fazley Jalal dan rakan-rakan! Semoga kita semua kekal berusaha mencari rezeki yang halal di era pendamik yang sangat mencabar! Fazley Jalal, I’m your fan! I love your videos and will continue supporting you,” tulisnya

Sebagai info, Kek Biskut Batik, Eclairs Daging Salai Lemak Cili Api, Roti Kerak Gula Melaka, Roti Kerak Pandan dan Kek Kuih Ketayap Inti Kelapa Gula Melaka merupakan menu kerjasama Fazley dengan rangkaian syarikat kopi popular, Starbucks yang boleh didapati di seluruh cawagan mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.