Pelakon Ezany Nizariff sekali lagi mencuri tumpuan apabila dia telah membuat satu laporan polis baru-baru ini terhadap seorang usahawan dipercayai Nur Sajat Kamaruzzaman.
Persenda Agama
Menerusi laman Facebook nya, Ezany berkata sebelum ini dia kagum dengan kejayaan usahawan tersebut namun selepas dia memuatnaik beberapa perkara di media sosial seolah-olah mempermainkan agama Islam, dia nekad untuk membuat laporan polis. Dalam posting yang sama turut kelihatan suntingan video antara Sajat dan usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri menerusi muatnaik terbaharu mereka.
“Kamu berjaya dalam bisnes dan saya salute kerana kamu hebat.Tetapi apabila sampai kepada mempermainkan agama Islam. Kamu cabar Allah.Minta maaf dan kamu terus buat.Ramai Ustaz nasihat tapi kamu tetap tidak peduli.Kamu angkuh.Kamu ego. Moga pihak berkuasa dapat bertindak”
Harap Pihak Berkuasa Ambil Tindakan
Ezany Nizariff
Malah dia turut mengharapkan agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang dimaksudkannya.