21.6 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Erra Fazira Buka Mulut Mengenai Kemelut Rumah Tangga Emran & Bella

Sedar tak sedar, Engku Emran & Laudya Cynthia Bella sudah lebih dari 2 tahun menjadi suami isteri. Pasangan terkenal yang bernikah pada September 2017 itu sering dilihat mesra dan  bahagia. Lebih-lebih lagi, Bella sememangnya memang akrab dengan anak tunggal Emran yang bernama Aleesya.

Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini rumah tangga Bella dan Emran dikhabarkan sedang goyah seperti yang dilaporkan oleh Grid.id. Isu ini hangat diperkatakan selepas gambar yang dimuatnaik oleh Bella mengisyaratkan bahawa ada wanita lain yang cuba menggoda Engku Emran.

Foto dimuat naik oleh Bella dalam kemas kini Instagram Story pada akhir September 2019.

Khabar keretakan rumah tangga Bella ternyata sampai ke telinga bekas isteri Emran, Erra Fazira. Seperti diketahui, hubungan Bella dan Erra terjalin dengan baik dan kedua-duanya mesra dalam menjaga Aleesya.

Sebelum ini, Erra menerusi kenyataanya di laman Youtube Indosiar Hot Issue turut memberi tanggapan tentang masalah keretakan rumah tangga Bella. Erra berpendapat bahawa Bella adalah orang yang tepat untuk Emran, dan juga anaknya, Aleesya. Erra berharap Bella tetap bertahan di sisi Emran.

https://www.youtube.com/watch?v=ZJtuQpcLRFc

“Hidup ini mahu tenang kan? Saya mahu anak saya bahagia, senang, jadi dengan siapa pilihan Emran, yang penting boleh menerima anak saya seadanya,” kata Erra ni.

“Dan syukur alhamdulillah, berkat doa barangkali, bertemu dengan Bella.”

Lebih lanjut, Erra memuji sifat penyayang Bella yang berhasil membuat anak perempuannya merasa selesa.

“Bella juga selesa bersama Aleesya, dia senang juga sama budak (anak kecil). Dan mungkin dengan sifat penyayang Bella itu, membuat Aleesya juga selesa dengan dia. Jadi, itulah doa kita sebagai ibu, mahu lihat anak senang semuanya aman,” kata Erra.

Di samping itu, Erra juga menekankan bahawa hubungannya dengan Emran telah lama berakhir. Dalam masa yang sama Erra  berharap Emran dapat mencari isteri yang baik, dan doanya ‘dijawab’ apabila Bella berkahwin dengan bekas suaminya.

“Saya berpisah dari Emran lama dahulu, sebelum Bella muncul,” jelas Erra.

“Dan dalam doa-doa saya juga selalu berdoa untuk isteri pengganti kepada Emran, biarlah itu yang baik, yang mengasihani dan saya mendapat apa yang saya doakan.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.