22.5 C
Malaysia
Saturday, November 30, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Erra Fazira Buka Mulut Isu Perceraian Engku Emran & Bella

Sebelum ini, umum mengetahui bahawa Primadona Erra Fazira mempunyai hubungan rapat dengan Laudya Cynthia Bella.

Enggan Masuk Campur

Namun, selepas khabar berita yang menyedihkan mengenai perpisahan Bella dan suaminya, Engku Emran didedahkan, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 46 enggan mencampuri dan bertanya lanjut perihal rumah tangga mereka biarpun sedikit sebanyak mengetahui akan masalah yang terjadi.

“Saya tidak mencampuri urusan rumah tangga walaupun dia bekas suami dan bapa kepada anak saya. Kalau mereka tak buka mulut, saya akan zip mulut saya” kongsi Erra

Anak Sedih 

Dalam pada itu, Erra turut akui bahawa anaknya, Engku Aleesya kelihatan sedih selepas perpisahan tersebut apatah lagi dia sudah mulai rapat dengan Bella sebagai ibu tirinya.

“Tipulah kalau saya tidak tahu mengenai pergolakan yang berlaku sedikit sebanyak tapi secara mendalam saya tidak tahu dan tidak mahu tahu.

“Saya tak nak korek pun, hanya tahu cerita dasar sahaja. Itu bukan cara saya untuk korek dan salah saya kalau nak ambil tahu. Aleesya lebih tahu pergolakan yang berlaku dan dia lagi sedih,”

Meskipun begitu, dalam masa yang sama Erra berkata dia sempat berhubung dengan Bella dan menitipkan kata-kata semangat buatnya.

“Sebagai wanita kami ada berbicara tetapi tidaklah secara umum. Adalah sedikit sebanyak memberikan nasihat tetapi tidak begitu terperinci. Bella juga tidak bercerita lebih. Memang kami rapat tetapi kami tidaklah selalu berhubung.

“Saya ada bercakap dengan dia dalam setiap pahit pasti ada hikmah dan manisnya. Allah uji maknanya Allah sayang. Adalah ganjaran itu nanti,” ujarnya.

Erra ditemui Murai.my ketika di majlis pelancarannya sebagai duta produk Faith Fleur di Menara Kuala Lumpur (KL Tower) pada petang Isnin. Sebagai rekod Bella dan Engku Emran menikah pada 8 September 2017 di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Bella baru-baru ini mendedahkan dia sudah bercerai menerusi sebuah rancangan tv di negara kelahirannya. Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata, manakala Engku Emran mempunyai seorang anak perempuan Engku Aleesya, 11, hasil perkahwinan terdahulu dengan Erra.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.