Penyanyi Nomad akur dengan keputusan juri apabila diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada minggu kelima rancangan realiti Gegar Vaganza (GV7) Ahad lalu.
Hadapi Masalah TeknikalĀ
Mendendangkan lagu Kasih Latifah nyanyian asal kumpulan Spider, menurut Nomad terdapat masalah teknikal ketika persembahannya itu dan menyangkal dakwaan kononnya dia terlupa lirik. Bagaimanapun, Nomad atau nama sebenarnya Nur Mohd Alieef Ayub,33 tidak menyalahkan mana-mana pihak dan meletakkan sepenuh kesilapan itu ke atas dirinya sendiri.
āUntuk hadapi masalah seperti itu sebenarnya saya belum bersedia makna nya salah saya sebab saya tak bersedia dalam apa jua keadaan sekalipun. Jadi masalah teknikal memang berlaku tetapi persediaan sebagai seorang penyanyi patut ada dekat situlah saya tak dapat nak ācatch upā. Minggu pertama hingga keempat semuanya Alhamdulillah walaupun ada masalah pithching dan flat itu semua adalah lumrah bagi bagi penyanyiā
āKalau boleh saya tak nak komen banyak dari segi teknikal biarlah saya cakap persediaan saya agak kurang bagi minggu kelimaā kata Nomad kepada Murai.my
Tampil Dengan Single Baharu
Enggan āhilangā di dalam industri, Nomad berkata dia bakal tampil dengan sebuah single baharu tidak lama lagi sebagai ācomebackā nya.
āPerjalanan selepas GV ini adalah satu norma baharu yang mana saya melangkah semula ke dalam industri sebenar. Saya dan Indigital Music tengah menyelesaikan muzik video untuk single saya dalam masa terdekat iniā
āSebenarnya saya dah rancang untuk keluarkan lagu ini sebelum saya masuk GV lagi tapi ada rezeki dalam GV, saya jalankan GV dahulu dan sekiranya tersingkir dalam minggu kedua sekalipun inilah perjalanan saya yang seterusnyaā tambah Nomad
Dalam konsert minggu kelima itu, Nomad berada di kedudukan terbawah dengan perolehan markah sebanyak 41.40% di belakang Yantzen dengan markahnya 60.00%