Sejak tularnya mengenai pelakon cilik, Puteri Balqis yang kini hidup dalam serba kekurangan menerima pelbagai komen daripada netizen apatah lagi mengenai tanggungjawab ibunya, Norashikin Mohd Aziz yang dikecam kononnya seperti sengaja membiarkan anaknya menjual buku di jalanan.
Ibu Banyak Berkorban
Malah, baru-baru ini pelakon Nabila Huda menerusi laman Twitter nya turut mempersoalkan perkara yang hampir sama.
Tampil menjelaskan isu tersebut, Balqis atau juga dikenali sebagai Aqish menolak dakwaan bahawa ibunya tidaklah seperti yang disangka ramai dan memberitahu tindakannya menjual buku di sekitar Kuala Lumpur adalah atas permintaannya sendiri.
Tambah pelakon itu, ibunya sudah banyak berkorban deminya dan menjadi saksi bersama sepanjang susah dan senang hidup mereka.
Nafi Ibu Seorang Penagih Dadah
Di kesempatan itu, Balqis juga menafikan bahawa ibunya merupakan seorang penagih dadah. Dakwaan tersebut muncul dipercayai daripada ibu saudaranya sendiri. Jelas Balqis, sejak mereka menghadapi kesukaran dalam hidup ibunya telah mengalami tekanan perasaan selain sering ditahan polis.
Dalam nukilannya itu, Balqis begitu mengagumi pengorbanan ibunya selama ini dan turut mendedahkan ibunya pernah mengalirkan airmata di dalam penulisan puisi yang berjudul ‘The Ally Of Us’.