22.1 C
Malaysia
Sunday, November 10, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Dulu Korang Pinggirkan Aku”- Aishah Marah Pada Siapa Tu?

Ramai yang mengetahui penyanyi lagenda, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Arrifin kini tampil dengan penampilan baru selepas kehilangan berat badan.

Baru-baru ini pula penyanyi lagenda ini telah memuat naik satu posting di Instagram di mana dia telah memarahi beberapa pihak.

Isu Pinggir, Marah Kepada Siapa?

Menerusi posting tersebut, Aishah mengatakan dia tidak akan berpatah kembali setelah move on daripada sesuatu perkara. Malah pada usianya kini, dia hanya mahu fokuskan kepada diri dan kehidupannya sahaja.

Foto: Tangkap Layar Dari IG Aishah

“Apa yang ramai orang tidak tahu (mungkin juga tahu tapi buat-buat tak tahu) I ni jenis ketegaq di mana bila I dah walk out on something, kemungkinan untuk berpatah balik itu memang tidaklah.

Jadi, tolonglah, don’t waste your time mencari I semula. Berapa puluh bulan dulu korang pinggirkan aku, sekarang bila nampak ada kegunaan aku baru teringat nak cari aku???”, ujar penyanyi tersebut.

Pada masa yang sama, penyanyi ini juga berkongsi beberapa individu dan institusi telah membuatkan dirinya menjadi toksin dan tidak tenang. Baginya, tanpa kuasa, jawatan atau kekayaan akan membuatkan dirinya menjadi lebih tenang.

Menurut Aishah dirinya hanya diperlukan apabila ‘mereka’ mahukan sesuatu atau nampak dirinya bermanfaat setelah meminggirkannya untuk beberapa bulan terdahulu. Malah penyanyi ini juga mengatakan hidupnya hanyalah untuk seni dan bukannya kepentingan orang lain.

Foto – @aishahjmm (Instagram)

Terdahulu penyanyi lagenda ini telah menjalani pembedahan bariatric dan gaya hidup yang sihat setelah mendapat nasihat daripada doktor berkaitan dengan berat badannya.

Foto – Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.