Bekas isteri Badrul Muhayat menerusi hantaran di laman Facebook nya tampil mendedahkan tindakan pelakon popular era 90-an itu yang dikatakan telah membawa lari dua anak mereka pada Sabtu lalu.
Ada Kesan Pecah Masuk Rumah
Dalam hantaran tersebut, turut dikongsi foto salinan laporan polis berhubung dakwaan berkenaan. Menurut bekas isteri Badrul yang dikenali sebagai Julia Ma’wa, semua kelengkapan diri anak-anak seperti kad pengenalan, pakaian dan peralatan sekolah telah diambil oleh pelakon itu selain kK
“Habis semua pakaian anak-anak, buku-buku sekolah anak-anak dia angkut..Pintu rumah saya ada kesan diumpil.. Haritu bergaduh besar dekat rumah mertua saya di slim river ex saya(Badrul) ini buat kecoh nak ambil anak..
“Dia kata nak bawa jumpa nenek diaorg yang dah nazak..Saya pun bagi anak-anak saya ini atas nasihat bapa mertua saya…tak mau jadi besar masalah..Saya tak jadi bawa anak-anak saya ke Taiping sekali..Tadi baru balik tetiba tengok benda yang mencurigakan..
“Ada sarung tangan plastik atas rumput depan rumah saya..Saya dah tak sedap hati.. Saya periksa pintu rumah ada kesan umpil..Cubaan pecah rumah..Saya periksa semua barang-barang anak dah tak ada…IC anak hilang, telefon bimbit anak-anak pun hilang..” dedah Julia
Dakwa Badrul Culas Bayar Nafkah Anak-Anak
Dalam pada itu, Julia turut memaklumkan kes mereka kini dalam perbicaraan berkaitan perihal tuntutan nafkah anak yang turut mendakwa Badrul culas dalam menunaikan tanggungjawabnya.
“Sekarang saya dalam perbicaraan untuk tuntut nafkah anak.Kes pun tengah jalan..Selama Ini saya yang jaga, bagi makan, tempat tinggal anak dan yang sekolahkan anak-anak.Dia memang tak ada nak bagi nafkah sangat..Kalau bagi pun boleh dikira dengan jari..
“Sejak kami bercerai tahun 2010 sampai sekarang, saya tak sihat dan tak boleh nak kerja lebih-lebih.
“Disebabkan itu saya terpaksa minta bantuan persekolahan daripada pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Semua MAIWP yang tanggung persekolahan anak saya sejak dua tahun ini,” katanya lagi
Susulan itu, Julia turut meluahkan rasa ralat dengan sikap Badrul yang disifatkannya tidak berubah selain mengenang kembali insiden dirinya pernah dipukul oleh plelakon itu suatu ketika dahulu.
“Dulu dok sepak terajang aku..tak peduli pun aku dan anak-anak dekat rumah hidup ke mati sibuk peluk betina sana sini.Sanggup habiskan duit beli dadah, bagi scandal makan dari bagi anak bini makan..Dari kecil sampai dah besar aku yang bagi anak-anak makan. Bagi diaorang sekolah bukan kau!” tegas Julia
Di kesempatan itu, wanita ini meminta bantuan orang ramai untuk memanjangkan isu ini agar keadilan dirinya terbela selain mahu anak-anak dapat pulang ke pangkuannya.