Peminat tanah air sudah mengetahui bahawa Malaysia merupakan negara yang terawal akan menayangkan filem terbaharu Marvel, Avengers : EndGame pada 24 April sebelum disusuli dengan negara lain pada 25 April ini.
Barangan Eksklusif Avengers
Memandangkan perjuangan para Avengers dikatakan sebagai yang terakhir menerusi filem ini, rata-rata peminat begitu teruja untuk membeli tiket filem ini di pawagam-pawagam berhampiran mereka. Malah menerusi artikel terdahulu kami, baru sahaja pengumuman tiket Avengers : EndGame namun rata-rata pawagam terkemuka sudah ‘sold out’ pada jualan terawal mereka.
Memeriahkan lagi tayangan akan datang, pawagam-pawagam terkemuka tanah air seperti Golden Screen Cinemas (GSC), Tanjong Golden Village (TGV) dan MCAT Box Office (MBO) telah mengeluarkan beberapa edisi khas barangan eksklusif Avengers beserta promosi khas termasuklah mengeluarkan tiket khas buat peminat yang ingin menjadi antara yang terawal menonton filem adiwira ini.
Tayangan Seawal 7.00 Pagi Dan 7.30 Pagi
Inisiatif tersebut telah dibuat oleh pihak TGV dan GSC yang mengumumkan khabar gembira tersebut baru-baru ini. Terdahulu pihak TGV telah mengumumkan berita tersebut dimana tayangan filem itu akan dimulakan seawal jam 7.30 pagi dimana pembeli akan turut mendapat satu set makanan dan minuman beserta poster Avengers.
Tidak lama kemudian, GSC ‘memulakan serangan balas’ mereka dengan mengadakan tayangan pada 7.00 pagi juga bersama-sama dengan set makanan dan minuman.
Berbeza dengan TGV yang akan menayangkan tayangan seawal pagi di pawagam IMAX yang terpilih, GSC mengumumkan hanya beberapa panggung mereka akan menayangkan tayangan awal namun setiap pembelian akan mendapat sebuah ‘keychain’ edisi khas Avengers!