Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida atau lebih dikenali sebagai DSV meluahkan rasa buntu apabila bekas suami yang merupakan bapa kepada anak-anaknya, Cik B dan Kacak mahu menemui mereka. Namun begitu,mereka dikatakan tidak bersedia untuk bertemu dengan lelaki itu sekaligus membuatkan usahawan itu menjadi buntu.
Bekas Suami Mahu Jumpa Cik B & Kacak
Menerusi hantaran di Instagram, DSV mendedahkan bahawa bekas suaminya itu telah datang ke Ipoh pada waktu malam untuk menemui mereka.
“Ayah Cik B & Kacak datang Ipoh malam malam nak jumpa Cik B & Kacak tapi mereka belum bersedia. Apa patut saya buat.”- dedah DSV
Dek kerana perkara tersebut, DSV akui tidak keluar daripada bilik seharian kerana memikirnnya.
“TOLONG 😭😭😭 SEHARIAN TAK KELUAR BILIK DUK FIKIR…MAMA SAYANG ANAK ANAK MAMA.”- katanya lagi
Nora Ariffin Nasihatkan DSV
Prihatin dengan keadaan tersebut, penyanyi, Datuk Nora Ariffin tampil memberikan nasihat buat DSV. Pesannya, setiap kebaikan yang dilakukan akan dibalas dengan kebaikan malah hubungan lelaki itu sebagai bapa kepada anak-anaknya juga akan berkekalan selamanya.
“Air dicincang tak akan putus. Setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. InshaAllah.”- Pesan Nora
Harap hubungan antara bapa dan anak dapat diselesaikan secara baik la kan..