26.3 C
Malaysia
Friday, September 20, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

DSV Berang Netizen Gelar Kereta Jenama Mewah Dalam MV ‘Ku Ikhlaskan’ Sebagai Kereta Mayat

Jutawan kosmetik, Dato Seri Vida yang mneluahkan rasa berang terhadap netizen yang menggelar kenderaan yang digunakan bagi MV lagu terbaharunya, Ku Ikhlaskan sebagai kereta mayat.

“Grand & Mewah Kan Kereta Dalam MV ‘Ku Ikhlaskan”

Menerusi hantaran di Instagram, Vida dilihat memuatnaik fotonya bersama kenderaan berjenama mewah dari Amerika,  Bufori Geneva.

“Grand & mewah kan kereta @buforimotors dalam MV ‘Ku Ikhlaskan’”-DSV

Netizen Gelar Kereta Mayat

Walaubagaimanapun, terdapat seorang netizen telah menggelar kenderaan berjenama mewah itu sebagai kereta mayat yang telah mengundang kemarahan jutawan kosmetik itu.

“Kereta mayat.”-Netizen

“Ko kata kereta mayat? Ko sekolah tak? Tak boleh beza. Kereta mewah dengan kereta mayat. Ni mesti terhasut dengan @michaelang38 mulut longkang”-DSV

Pelbagai Reaksi Netizen

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi malah ada yang memuji penampilan DSV yang memakai gaun serba putih itu.

“Tak nampak mewah langsung. Betul macam diorang komen. Macam van mayat cina. Tu hantu cina keluar lari. Kesian..Duit habis tapi nampak MV yang sangat Out. Kayu. Layu.”

“Terpesona dengan kecantikan Dato, Selalu tengok live dato. Bila agaknya boleh jumpa secara depan.”

“Terbaik DSV. Semoga terus dilimpahkan rezeki yang banyak. Amin.”

“Terkejut aku ingat pocong mana terlepas tengah hari”

Sekadar info, MV lagu ciptaan Amy Ukays dan Vida itu telah menelan belanja sebanyak RM400,000 dan menjalani penggambaran selama lima hari sekitar Kuala Lumpur dan Genting Highlands.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.