24.5 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

Dr Zulkifli Kongsi Hukum Pegang Anjing, Sempat Sindir Pasangan Kekasih Yang Tular Di TikTok?

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri membuat perkongsian bersama pengikutnya di media sosial mengenai hukum memegang anjing.

Anjing Dikategorikan Sebagai Najis Mughallazah (Berat)

Menurut Dr Zulkifli, anjing dikategorikan sebagai najis mughallazah di sisi mazhab Syafie dan haram untuk memegangnya tanpa sebab.

“Beberapa kali nampak kelibat anjing ini. Tubuhnya kurus kering. Mungkin milik mana-mana jiran saya yang sebahagiannya bukan Muslim. Ia berkeliaran seakan mencari-cari makanan.

Anjing dikategorikan sebagai najis mughallazah (berat) di sisi mazhab Syafie, malah memegangnya tanpa sebab adalah haram dalam Islam kecuali atas perkara yang terdesak seperti menyelamatkanyya atau merawat.”-Jelas Dr Zulkifli

“Sindir” Pasangan Kekasih Di TikTok?

Dalam pada itu, Ahli Dewan Negara ini seakan-akan ‘menyindir’ pasangan kekasih yang tular di TikTok yang memperlihatkan teman wanitanya menggigit tangan teman lelakinya ketika berada dalam kereta.

“Pegang bukan mahram pun tak boleh ya. Haram. Apatah lagi gigit tangan teman lelaki macam yang viral di TikTok tu.”-Tegur Dr Zulkifli

Tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita yang mengigit tangan teman lelakinya secara manja ketika berada di dalam kereta yang telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen termasuklah rasa meluat melihat perbuatan wanita tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.