21.6 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Dr Erin Enggan Bawa Anak Bertemu Da’i Farhan

Biarpun sudah berpisah, namun isu mengenai perpisahan pendakwah Da’i Farhan dan bekas isterinya, Dr.Erin masih hangat diperkatakan.

Sudah Sekat Nombor Farhan 

Terbaru, menerusi Astro Gempak, Dr Erin akui sudah menyekat nombor telefon Farhan kerana enggan dikaitkan lagi dengan dirinya. Malah menurut Dr Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd. Radzi sejak berpisah mereka tidak pernah lagi berhubung biarpun dirinya kini sedang mengandung anak hasil perkahwinan mereka sebelum ini.

“Saya dah block ustaz. Saya tak nak ada apa-apa lagi sama ada saya dihubungi atau saya menghubunginya.

“Jadi, bila saya sekat nombor telefon, fikiran saya jadi lebih tenang. Kalau saya tak block, fikiran saya nanti jadi tak tenang fikir macam-macam. Sekarang ni saya lebih gembira dengan kehidupan.

“Biarlah saya sekat ustaz terus. Lagipun saya sudah tidak mahu dikaitkan dengan dirinya lagi,” katanya seperti yang dipetik dari Gempak.

Enggan Bawa Anak Bertemu Farhan 

Dedahnya lagi, dia enggan bawa bakal anaknya itu bertemu dengan Farhan meskipun bekas suaminya itu pernah menyatakan hasrat untuk bertemu selepas anak dalam kandungannya itu lahir.

“Dia ada cakap nanti lepas lahir nak jumpa baby. Bila dia cakap begitu, memang tak lah saya nak bagi dia jumpa dengan baby ini,” katanya.

Dalam masa yang sama, Erin berkata barang-barang peribadi milik Farhan masih lagi berada di rumahnya dan meminta orang ramai untuk henti kaitkan dirina dengan Farhan lagi selain memberitahu kehidupannya kini lebih tenang.

“Dia berada di Kelantan lepas keluar dari rumah. Sekarang pula PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Mungkin lepas habis PKP baru dia ambil barang-barangnya semua,”

“Cumanya tolonglah henti kaitkan saya dengan ustaz lagi. Saya ini bukan selebriti. Kalau dulu mungkin saya isteri ustaz, sekarang ni saya bukan isteri sesiapa lagi,”

Sebelum ini, Dr Erin telah berkongsi khabar gembira bahawa dirinya sedang hamil dan diikuti dengan pendedahan yang mengejutkan apabila mengesahkan dirinya sudah diceraikan pada April lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.