24.1 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

Dr Amalina Titip Doa, Ibu Adik Ainul Kongsi Keadaan Terkini Setelah Kritikal Akibat Jangkitan Virus

Adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang sebelum ini menjadi perhatian selepas menjalani pembedahan kanser mulut Germ Cell Tumor kini dikatakan berada dalam keadaan stabil selepas melalui keadaan kritikal akibat jangkitan virus.

“Mama Yakin Keadaan Ainul Semakin Baik”

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh ibunya menerusi hantaran di Instagram yang menceritakan keadaan Ainul  sudah mula minum susu pada pagi ini selepas dua hari berpuasa.

“Pagi ni Ainul dah start minum susu. Dua hari dah Ainul puasa tak dapat minum susu. Mama Yakin keadaan Ainul semakin baik.”-Kongsi ibu Ainul Mardhiah

Dr Amalina Titip Doa Buat Ainul

Berita keadaan Ainul turut mendapat perhatian personaliti terkenal yang juga Pakar Bedah Am, Dr Amalina yang pernah membantu mengaturkan pembedahan Ainul beberapa tahun lalu turut menitipkan doa buat Ainul agar diberikan kesembuhan dengan cepat.

“Baru sahaja mendapat khabar berita daripada ibu Ainul . Ya Allah, marilah kita sama-sama doakan untuk Adik Ainul. Semoga cepat sembuh.

“Ainul sayang. Anda telah melakukannya banyak kali sebelum ini. Anda boleh melakukannya lagi! Teruskan berjuang sayang! InsyaAllah.”-Tulis Dr Amalina

Semalam, ibunya, Nurul Erwani Zaidi memaklumkan anak perempuannya berada dalam keadaan tenat dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

Nurul Erwani turut menceritakan Ainul mula menunjukkan simptom muntah dan cirit-birit sebelum dikejarkan ke hospital menaiki ambulans.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.