Datuk Fazley Yaakob akui persembahannya pada konsert minggu pertama Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) baru-baru ini tidak memuaskan sehingga turut menerima markah terendah di kalangan 13 peserta yang lain.
Tampil Mohon Maaf
Menerusi laman Twitter, Fazley tampil memohon maaf dan sedar tidak dapat memuaskan hati peminat walaupun sudah membuat persediaan untuk persembahan tersebut.
“Buat yang tengok #GegarVaganza8, saya mohon maaf, persembahan yang sangat kurang memuaskan malam tadi. Sememangnya dah hampir 10 tahun tak buat persembahan pentas.
Saya terlalu nervous & sedikit emosi terkenangkan anak-anak.”- luah Fazley
Diva AA Kritik Persembahan Fazley
Walaubagaimanapun, pengacara dan pelakon sensasi, Azwan Haji Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA tampil mengkritk persembahan selebriti verstail itu. Lebih mengejutkan, dia memerli Fazley untuk melakukan persembahan duet berduet dengan ibu mertuanya sahaja.
“KO MASUK DUET DENGAN IBU MERTUA KO JERR!! KONSERT KHAS UNTUK BANDUAN? NAK JUGAKKKK MASUKKK?- komen Diva AA
Selain Fazley, antara 12 bintang lain yang berentap untuk GV8 adalah Aweera, Shidee, Bandi Amuk, Aliff Aziz, Azan Scan, Adibah Noor, Ani Mayuni, Suki, Nikki, Upiak Isil. GV8 turut menampil peserta duo Saiful Apek dan Yassin, dan juga kumpulan Nico.