Baru-baru ini, usahawan terkenal Datuk Seri Vida (DSV) telah mengadakan sebuah sidang media khas yang mana menuntut permohonan maaf daripada selebriti sensasi Azwan Ali atau juga dikenali sebagai Diva AA dalam tempoh masa 48 jam.
Vida Tuntut Permohonan Maaf
Tuntutan tersebut dibuat Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman selepas terkilan dan sediha atas penghinaan yang dilakukan oleh Diva AA sebelum ini terhadap perniagaan dan juga kematian dua anak lelakinya yang meninggal dunia dalam kejadian kebakaran beberapa tahun lalu.Sekiranya gagal, Vida akan meneruskan saman terhadapnya.
Diva AA Minta Maaf
Susulan daripada itu, sidang media yang diadakan oleh Diva AA di sebuah hotel di Putrajaya pada petang Selasa yang bertukar menjadi sesi permohonan maaf secara eksklusif.
https://twitter.com/telor_goyang/status/1227273476471279616
Difahamkan, Diva AA turut menunaikan empat tuntutan yang diminta oleh usahawan itu termasuklah akur janji untuk berhenti bercakap apa jua mengenai isu berkenaan. Bagaimanapun, sesi tersebut menjadi bualan ramai dan turut dikecam kononnya Diva AA hanya membuat sambil lewa apatah lagi tidak menyebut nama Vida.
Vida Mahu Teruskan Saman?
Menerusi posting terbaharu yang dimuat naik Vida di laman Instagram nya, dia akui pada mulanya enggan meneruskan tindakan undang-undang. Namun sebaliknya selepas melihat sidang media yang diadakan oleh Diva AA itu, dia merasakan tercabar kerana permohonan maaf yang dibuat itu turut terselit perlian terhadapnya.
Tambahnya, sebagai seorang ibu, wanita dan ahli perniagaan maruahnya seakan-akan dibuli yang menyebabkan dia tidak teragak-agak untuk meneruskan tindakan terhadap Diva AA sebagai pengajaran buatnya pada masa akan datang.