22.8 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Diva AA Dikejarkan Ke ICU! Peminat Titip Doa Kesembuhan

Pengacara dan pelakon sensasi, Azwan Haji Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA telah dikejarkan ke sebuah pusat perubatan bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Akibat Keracunan Makanan

Ia berIkutan Diva AA mengalami keracunan makanan sehingga terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Menerusi laman Twitter, Diva AA berkongsi foto tangannya yang dimasukkan ‘drip’ air di sebuah pusat perubatan swasta.

“Diva AA kini dimasukkan ke Hospital Pantai kerana keracunan makanan! Jangan risau! Semoga cepat sembuh”-kongsi Diva AA

Peminat Titip Doa

Menjengah ke ruangan komen, ianya dibanjiri dengan komen peminat yang mendoakan agar pengacara itu diberikan kesembuhan dengan segera.

“Syafakallah Diva AA. Semoga diberikan kesembuhan dan segera sembuh. InshaAllah. Aminn.”

“Semoga dipermudahkan segala urusan rawatan dan dikembalikan kesihatan seperti sediakala oleh Allah.”

“Get well soon & speedy recovery” komen mereka

Bagaimanapun, Diva AA tidak menjelaskan secara terperinci mengenai punca penyakitnya itu dan kini dalam proses rawatan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.