Penyanyi, Ernie Zakri tampil mempertahankan pasangan Youtuber terkenal, Ryzal Ibrahim dan Maryam . Ia berikutan seorang netizen di laman Facebook mempersoalkan pasangan muda itu berasa bangga berkongsi aktiviti bersiar-siar selepas Maryam baru sahaja selepas bersalin dan dikatakan tidak berpantang secara tradisional dengan betul.
“Pasangan muda di zaman ini..Bangga sangat tayang diri baru lepas bersalin dah boleh jalan dengan lancar, makan ikut suka..Lepas rambut ikut suka tak pakai stokin, ikut suka pakai seluar.
Yang tak mau jaga pantang tu tengok je nanti umur muda lagi kena berjuang korbankan duit banyak untuk dapatkan tubuh badan sihat dan cantik”- Komen netizen yang dikenali sebagai Intan Haikal
Tidak Boleh Paksa Ikut Adat Tempatan
Dalam pada itu, Ernie mempertahankan Maryam kerana figura itu merupakan seorang wanita warga Korea dan tidak boleh dipaksa untuk mengikuti adat tradisional tempatan.
“Tapi..Dia kan Korean..Mana boleh dipaksa adat kita..Yang penting tubuh badan sihat, tahulah mereka jaga diri. InsyaAllah.”-Komen Ernie
Terdahulu, ramai pihak yang menegur Maryam tidak mengikuti cara berpantang seperti orang Melayu. Walaubagaimanapun, Ryzal tampil mempertahankan isterinya dengan menegaskan bahawa Maryam hanya bertukar agama dan bukan mengubah budaya. Malah, Ryzal turut menitipkan harapan agar tidak ada individu yang akan memaksa isterinya untuk menerima budaya yang bukan miliknya.