21.6 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Dituduh Sombong! Fasha Sandha Letak 4 Situasi Ini Untuk Tidak Diganggu

Menerusi laman Instagram nya, pelakon Fasha Sandha telah berkongsi satu posting mengenai tuduhan yang dibuat oleh netizen kepadanya. Dalam dakwaan tersebut, netizen itu telah beranggapan Fasha sebagai seorang artis yang sombong selepas menolak pelawaan untuk bergambar bersama.

Terpaksa Bersombong 

Jelas empunya nama sebenar Nur Fasha Sandha binti Hassan ini, dia akui terpaksa bersikap sombong atas situasi-situasi yang tertentu yang membuatkan dia bersikap demikian.

Menurut Fasha, ketika itu dia sedang sibuk menguruskan anak-anak termasuklah anak rakannya namun dalam masa dia memohon kepada netizen tersebut untuk tunggu sebentar. Namun tidak lama kemudian, netizen itu telah menghilangkan diri sehinggalah munculnya posting fitnah yang mengaibkan dirinya.

Tetapkan Syarat 

Tambah pelakon itu, sebelum ini ramai sahaja peminat dapat bergambar dengannya dan itu mengikut kesesuaian masanya. Dek kerana itu, Fasha berpesan agar tidak menganggu nya untuk beberapa situasi kerana ingin mengutamakan keselamatan terutama buat anak-anaknya.

Dalam pada itu, Fasha turut memberitahu bahawa dia kini tidak lagi mengutamakan populariti sebaliknya fokus utama nya adalah buat keluarga apatah lagi dengan statusnya sebagai seorang isteri dan juga ibu. Rata-rata peminat dan rakan artis turut memperakui dengan kenyataan tersebut dan mengharapkan agar Fasha terus bertabah melayan kerenah para peminat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.