Selepas dituduh kononnya terlibat dalam kegiatan kegiatan haram Macau Scam dan aktiviti pelacuran kelas atasan, pelakon Chacha Maembong akhirnya membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.
Hentikan Segala Tohmahan
Dedah Chacha atau nama sebenarnya, Siti Aisyah Ismail, 24 dia membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang selepas mendapat nasihat daripada peguamnya dan bertujuan untuk memberhentikan segala tohmahan terhadap dirinya.
“Tujuan laporan ini adalah bertujuan untuk memberhentikan dan menafikan segala fitnah yang berleluasa tentang diri saya berkenaan isu Macau Scam dan juga tuduhan aktiviti pelacuran” kongsinya
Sedia Beri Kerjasama
Malah dedah adik kepada Emma Maembong ini, dia bersedia untuk memberikan kerjasama terhadap pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) sekiranya dipanggil untuk membantu siasatan.
“Saya juga akan bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) dan pihak polis jika dipangil untuk memberikan kerjasama,” tulisnya lagi
Terdahulu, media tempatan melaporkan SPRM mendedahkan terdapat kegiatan aktiviti pelacuran kelas atasan melibatkan golongan selebriti yang mampu meraih sehingga RM40,000.