Pelakon, penyanyi dan pengacara, Ifa Raziah tampil bersuara selepas dituduh menjalani kaedah ‘potong usus’ atau bariatrik untuk menguruskan badannya.
Tawar RM200 Ribu Tunjuk Bukti
Menerusi hantaran di Instagram, Ifa telah menawarkan wang tunai sebanyak RM200,000 kepada individu yang boleh kemukakan bukti menunjukkan dirinya melakukan rawatan tersebut.
“Tawaran peraduan memenangi 200k secara tunai masih lagi berlangsung sehingga 8hb Disember 2021. Miss Diva masih menanti panggilan dari warganet yang duk menyebarkan fitnah mengenai Miss Diva kononnya memotong usus untuk kurus dan cantik.
Seperti yang Miss Diva janjikan barang siapa dapat memberikan bukti yang kukuh kononnya Miss Diva melakukan potong usus atau bariatrik. Jangan takut Miss Diva takkan propa pun tawaran wang tunai 200k”- pesan Ifa
Kemukakan Bukti Dari Lakukan Dosa Fitnah
Tambahnya lagi, Ifa turut menitipkan pesanan kepada netizen untuk menjauhi fitnah
“Jom beramai-ramai para jemaah warganet daripada duk buat dosa fitnah lebih baik tunjukkan segala bukti yang kukuh.”- katanya lagi
Sekadar info, Ifa kini giat mempromosikan produk kecantikan dan kesihatan diri jenamanya , Miss Diva.