Baru-baru ini kecoh di media sosial memperkatakan mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh penyanyi Agnez Mo yang dituduh seperti lupa asal usul. Semuanya bermula selepas Agnez ditemubual bersama Kevan Kenney di Yahoo’s BUILD Series yang mana terdapat kenyataan daripada temubual itu mengatakan bahawa sebenarnya dia tidak mempunyai latar belakang asal dari negara Indonesia.
Ekoran daripada itu,pelantun Tak Ada Logika itu menerima kecaman hebat daripada netizen di Indonesia sehingga ada yang ingin memboikotnya.
Tampil Beri Kenyataan
Bagi menjelaskan mengenai isu tersebut, Agnez tampil memberikan kenyataan sebenar. Menerusi laman Instagram nya, dia berasa sedih dan kecewa dengan sikap segelintir individu yang hanya menjatuhkan hukum tanpa sebarang usul periksa dengan hanya menonton sebahagian video yang telah disunting.
Malah ekoran video yang dimuat naik oleh pihak tidak bertanggungjawab itu, ramai peminat telah salah sangka dengan kenyataannya.
Jelas Agnez lagi, biarpun tidak mempunyai darah asli negara itu namun dia masih berbangga dan akan berdiri Teguh dengan Indonesia.
Dikesempatan itu, dia turut mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan buatnya dan turut memaafkan buat mereka yang mempunyai salah faham terhadapnya selama ini.
Rakan Artis Pertahan Agnez Mo
Dalam pada itu, rakan Agnez yang juga penyanyi turut mempertahankannya dengan memuatnaik posting perbualan mereka bersama.
https://www.instagram.com/p/B5WXlKchb_6/?utm_source=ig_embed
Menurut Anji, Agnez hanya membicarakan mengenai asal usul keturunannya yang berdarah Jerman, Jepun, Cina namun masih dilahirkan di Indonesia. Akan tetapi maksdunya itu telah diputarbelit sehingga menimbulkan kebencian dikalangan netizen.