24.1 C
Malaysia
Tuesday, September 10, 2024

Latest Posts

Ditegur Tubuh Badan Kelihatan Berisi, Rizalman Beri Teguran Pedas!

Pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim tampil bersuara selepas terdapat netizen yang menegur tubuh badannya kelihatan berisi di media sosial.

Ditegur Kelihatan Berisi

Menerusi Insta Stories, Rizalman yang dilihat memuatnaik tangkap layar DM (Direct Message) yang menegur saiz terkini tubuh badannya.

“Dato RI..Nampak berisi.”-Tulis seorang netizen di Instagram

“Hangpa Ingat Senang Ka Nak Maintain Usia Macam Ni?”

Tidak berdiam diri, Rizalman kemudian dengan tegas meminta orang ramai untuk tidak mempersoalkan saiz tubuh badannya. Malah, dia juga akan menyekat mana-mana DM (Direct Message) sedemikian.

“Aku nak tegoq sikit buleh ka mulut-mulut hangpa ni?. Aku nampak beghisi ka aku kughuih ka..Cuba jangan luahkan.

Hangpa ingat senang ka nak maintain usia macam ni. Ucapan-ucapan macamnilah yang buat aku bebai. Lepaih ni aku akan block DM macam ni.”-Tegas Rizalman

via Instagram Rizalman Ibrahim

Tak baik tau bodyshaming orang lain. Saiz badan berisi atau kurus, kesihatan itu yang lebih penting.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.