Semalam, pelakon Sharifah Sakinah berkesempatan untuk berkongsi pengalamannya bertemu dengan pendakwah muslimat Hubabah Huda Al-Jailani. Menerusi perkongsian di laman Instagram nya. menurut Sakinah dia berterima kasih kepada Hubabah kerana berkongsi mengenai beberapa perkara termasuk mengenai aurat dan akhlak.
Sharifah Sakinah Kongsi Pengalaman
Jelas pelakon ini lagi, pendekatan yang dibuat pendakwah itu amat berlainan kerana dia berasa begitu ‘dekat’ dan berinspirasi.
Namun begitu, perkongsian yang dibuat Sakinah mengundang kecaman daripada netizen kerana ada diantara mereka yang menegur Sakinah masih memuat naik beberapa gambar yang seksi biarpun posting tersebut memberikan inspirasi kepada pengikutnya yang lain. Berang dengan komen tersebut, pelakon popular, Nabila Huda tampil mempertahankan sahabatnya itu.
Nabila Huda Pertahan Sakinah
Tegas Nabila, dia mempersoalkan tindakan netizen yang mengecam posting Sakinah yang baginya seperti tidak adil kerana seperti ‘terus menjatuhkan hukum’.
Tambahnya lagi, dia turut menasihati netizen itu untuk membuat perihal sendiri tanpa perlu menyibuk urusan hal orang lain.
Rata-rata pengikut Sakinah yang lain bersetuju dengan teguran Nabila malah turut terharu kerana dia berani tampil mempertahankan sahabatnya.