Isteri kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid tampil memberikan penjelasan selepas ramai pihak bertanyakan punca suaminya itu mendapat jangkitan COVID-19.
Tidak Pasti Punca Jangkitan
Menurut Shahida, dia tidak pasti punca jangkitan tersebut berikutan Aliff telah melakukan ujian swab sebelum pulang ke Malaysia malah hasil keputusannya adalah negatif.
“Ramai pulak DM tanya di mana @aliffsyukriterlajaklaris dapat covid…Saya pun tak pasti sebab sebelum balik Malaysia dia buat PCR di sana negatif..” dedah Shahida
Alami Demam Teruk Selepas 3 Hari Pulang Ke Malaysia
Tambahnya lagi, mereka sekeluarga turut melakukan ujian yang sama sebaik tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan hasilnya tetap negatif. Namun begitu, tiga hari kemudian Aliff mengalami demam yang teruk dan disahkan positif COVID-19 setelah menjalani pemeriksaan.
“Sampai KLIA pun swab lagi negatif..Lepas 3 hari dia demam teruk dan pergi cek sekali lagi dah positif…
Begitulah kisahnya..Doa yang baik mudahan segera sembuh..” katanya lagi
Syukur Anak-Anak Masih Sihat
Dalam pada itu, bekas anggota kumpulan nasyid Solehah ini menitipkan rasa syukur kerana anak-anaknya masih sihat biarpun dia turut disahkan positif COVID-19 kerana mempunyai kontak rapat dengan suaminya.
“Ramai menanti..Baru dapat result petang ni..Kontak rapat kan..Saya pun positif juga..Alhamdulillah anak-anak semua sihat..”- dedah Shahida
Baru-baru ini, Murai MY melaporkanAliff telah disahkan positif COVID-19 dan berada di tahap tiga. Menurut Aliff, keadaannya itu turut melibatkan bahagian paru-paru dan kini berada di sebuah sebuah hospital bagi rawatan susulan.